2013 --->penentu hidupku

10:16 PM




Assalamualaikum....

    Walaupun dah sampai penghujung bulan Januari 2013, tapi mija tetap nak ucap Selamat Tahun Baru kepada semua. Harap semua orang dah tanam azam yang baru untuk dicapai sepanjang tahun 2013. Me ?
Mesti lah ada jugak, sebab tahun ni tahun terpenting bagi mija sebab final paper untuk STPM is this Nov ! oh my God, matilah mija kalau xdapat result yg cemerlang. Sebenarnya takut sangat kalau xdapat pointer yang tinggi, kalau mcm 2 habis la impian mija nak jadi Psychiatrists. Masuk ja skolah 1/1/2013, bermula lah semester 2 yang sangat mencabar minda. Hanya kesabaran, kerajinan dan kekuatan dalaman yang boleh membawa diri untuk menghadapi semua rintangan dalam menjadi seorang pelajar. Tiada istilah putus asa, bosan, malas dan bersuka ria dalam usaha menggapai kejayaan dalam hidup. Untuk mendapat sesuatu yang manis kita perlu menelan yang pahit dulu keran yang pahit itu adalah penawar, manakala yang manis itu racun. Kadang-kadang dalam usaha kita belajar, mesti ada halangan yang kadang kala membuat kita sangat mudah hilang semangat untuk belajar, tapi kita mestilah berusaha menghadapi semua itu dengan positif. Cikgu kauseling sekolah mija pernah cakap yang, "Hidup seseorang yang negatif mesti mempunyai perkataan "kalau". Jadi, mija harap kawan2 janganlah guna perkataan-perkataan yang menunjukkan yang sentiasa berfikiran negatif. Kat sini mija nak kongsi kata-kata yang mija jumpa dalam sebuah buku, ianya berbunyi begini :

"dengan fikiran yang negatif, anda tidak akan menemui hari yang baik,
dengan fikiran yang positif, anda tidak akan melalui hari yang buruk "



p/s : selepas beberapa minggu busy dengan sekolah, akhirnya ada jugak masa nak 'bersihkan' blog ni.
       SALAM MAULIDUR RASUL UNTUK SEMUA UMAT ISLAM.


You Might Also Like

2 comments

Popular Posts

Like us on Facebook

Flickr Images