In

my choice :)

Assalamualaikum........:D
Finally, saya dah buat pilihan untuk diri saya . Saya akan teruskan perjuangan saya dalam belajar f.6.
Biarpun banyak cabaran yang terpaksa saya tempuh, saya mesti melaluinya jugak kan ?
Even kat mana pun kita belajar, kita tetap ada masalahnya. Cuma cara kita mengatasi masalah itu yang berbeza . Kadang-kadang kita merasakan hidup kita tak adil, sebab sesetengah orang dilahirkan dalam keadaan sempurna dari segi fizikal mahupun keperluan hidup, sesetengahnya pula dilahirkan dalam keadaan serba kekurangan. Tetapi setiap yang terjadi itu telah ditekdirkan oleh Allah s.w.t . Kita sebagai hambanya hanya mampu menerima semuanya dengan redha . Kehidupan ini tidak akan sempurna selagi kita tidak berusaha untuk menuju ke arah kesempurnaan tersebut . Kadang-kadang kita tersalah buat pilihan, tetapi semua itu terletak atas diri sendiri. Pilihan hidup ini hanya terletak pada diri kita sendiri. Kita yang menentukan hidup kita, kita yang melakarkannya dan kita juga mewarnakan kanvas hidup kita. Kehidupan ini hanyalah sementara, kita hanya diberi pinjaman hidup oleh Allah dalam melaksanakan tuntutan ibadat sebagai hambanya . Kadang-kadang kita lalai dalam hidup ini, kita terlupa yang kita masih ada Dia sebagai pendengar masalah kita, tempat kita mengadu tentang masalah kita. Kadang-kadang kita hilang arah tuju hidup kita apabila kita dihujani oleh pelbagai masalah yang kadangkala kita tewas dengan masalah tersebut. Jangan jadikan masalah tersebut sebagai satu alasan, tetapi anggaplah sebagai ujian kepada kita dalam menentukan sesuatu dalam hidup, sama ada kaca atau permata . Tabahlah dalam menghadapi hidup yang semakin mencabar ini . :)






Related Articles

0 comments: